DAFTAR SINI UNTUK POHON KERJA

BORANG PERSETUJUAN DATA PERIBADI

 

Terima kasih atas sokongan anda terhadap Goche Corporation Sdn Bhd (“GCSB”) dan minat anda untuk menggunakan platform kami di www.operatorpengeluaran.my (“Laman Web”). Bagi tujuan melaksanakan perkhidmatan kami secara berkesan, sila menandakan persetujuan anda dan keizinan anda kepada semua yang dinyatakan di bawah, dan, khususnya,  untuk bersetuju kepada pemegangan dan penggunaan Data Peribadi anda oleh GCSB sebagaimana dinyatakan di dalam borang persetujuan ini (“Borang Persetujuan”) dan Notis Perlindungan Data Peribadi kami (yang boleh diakses di Laman Web di www.operatorpengeluaran.my/PDPA) (“Notis Perlindungan Data Peribadi”).

 

Privasi

 

Anda mungkin ingin memberikan GCSB sebahagian atau semua Data Peribadi anda. GCSB meminta data yang tertentu, termasuk tetapi tidak terhad kepada butir-butir peribadi anda sama ada dari anda atau orang lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan / pasport, alamat e-mel, butiran pekerjaan, keutamaan peribadi, alamat IP, butiran media sosial, kandungan keutamaan, maklumat kewangan (termasuk maklumat akaun bank, butiran kad kredit, dan jumlah deposit), sebarang permintaan yang dibuat oleh anda atau orang lain atau pihak ketiga lain yang diberi kuasa oleh anda (sama ada secara langsung atau melalui kaedah komunikasi apa pun termasuk menulis, elektronik atau secara lisan meminta GCSB untuk menyediakan perkhidmatan atau maklumat), sebarang mesej, komen atau maklum balas yang anda serahkan secara peribadi kepada GCSB, e-mel atau melalui Laman Web, gambar dan imej, rakaman, arahan pengebilan dan apa-apa maklumat yang diperlukan untuk memenuhi permintaan khas dan maklumat dan / atau ungkapan pendapat yang mungkin mengenal pasti anda yang telah atau mungkin dikumpulkan, disimpan, digunakan dan diproses oleh GCSB atau pegawai, pekerja, pemegang kepentingan, syarikat bersekutu, anak syarikat, rakan kongsi, pengendali laman web, syarikat berkaitan, ejen, kontraktor bebas GCSB dan pihak ketiga lain yang berkaitan dengan GCSB dari semasa ke semasa, dan sebarang maklumat lain yang mungkin mengenal pasti anda yang anda berikan kepada GCSB dan / atau bersampingan dari Data Peribadi tersebut.

 

Pendedahan Sukarela

 

Pemberian Data Peribadi anda adalah secara sukarela, dan anda yang menentukan setakat mana maklumat yang anda berikan kepada GCSB. Sila ambil perhatian bahawa jika anda memutuskan untuk tidak memberikan maklumat tertentu atau apa-apa maklumat, ia mungkin menjejaskan keupayaan GCSB untuk melaksanakan perkhidmatan kami.

 

Menggunakan Data Peribadi

 

Dengan mengklik butang “Saya Setuju” di bawah dan menyerahkan Data Peribadi kepada GCSB, anda dengan ini memberi kepada  GCSB dan pegawai, pekerja, pemegang kepentingan, syarikat bersekutu, anak syarikat, rakan kongsi, pengendali laman web, syarikat berkaitan, pengganti, pemegang serah hak, pemegang lesen, ejen, kontraktor bebas GCSB dan pihak ketiga lain yang berkaitan dengan GCSB dari semasa ke semasa untuk mengumpul Data Peribadi anda, merekod, menyimpan, menyesuaikan, mengubah, mengabil, berunding, menyediakan, menggabungkan, menghalang dan memusnahkan Data Peribadi anda dan menggunakan semua Data Peribadi anda, yang dipegang oleh GCSB, atau akan dikumpulkan untuk masa hadapan oleh GCSB, untuk  berkomunikasi dengan anda, untuk memberi maklum balas kepada soalan dan komen daripada anda, untuk menguruskan dan mengendalikan perkhidmatan secara berkesan, untuk menghasilkan data statistik yang diperoleh daripada Data Peribadi anda dan untuk mendedahkan yang sama kepada pihak-pihak kawal selia dan pihak berkuasa kerajaan untuk mematuhi keperluan korporat, perundangan dan kawal selia.

 

Di samping itu, anda secara khusus memberi persejutuan anda kepada GCSB, dari semasa ke semasa, untuk memberikan sebahagian atau semua Data Peribadi anda yang dipegang sekarang atau masa hadapan oleh GCSB kepada pegawai, pekerja, pemegang kepentingan, syarikat bersekutu, anak syarikat, rakan kongsi, pengendali laman web, syarikat berkaitan, pengganti, pemegang serah hak, pemegang lesen, ejen, kontraktor bebas GCSB dan pihak ketiga lain yang berkaitan dengan GCSB dari semasa ke semasa, pihak berkuasa kerajaan dan/atau organisasi, penaja, kepada mana-mana orang yang atau mungkin (atau telah atau mungkin) berpotensi terdedah (atau berpotensi mendedahkan anda) kepada risiko dijangkiti pathogen dan yang (atau di mana kepentingan anda) (seperti nyawa, kematian, kesihatan dan/atau keselamatan) mungkin terganggu dengan hubungan rapat dan/atau jarak dekat dengan anda (atau orang tersebut), perniagaan yang ingin mengupah individu melalui Laman Web, individu yang mencari peluang pekerjaan melalui Laman Web, dan pihak ketiga lain (di dalam atau di luar Malaysia) yang berkaitan dengan GCSB, tetapi hanya berkaitan dengan tujuan-tujuan yang disebutkan dalam perenggan di atas dan tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan dalam Notis Perlindungan Data Peribadi kami. Kami memastikan bahawa kami mengambilkan langkah-langkah yang diperlukan untuk melindungi Data Peribadi anda.

 

Pengekalan dan Akses

 

GCSB mungkin menyimpan Data Peribadi anda untuk penyelidikan dan / atau tujuan statistik. Setakat mana yang dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang, GCSB boleh memadamkan data pada bila-bila masa. Sehubungan itu, anda harus menyimpan salinan persendirian maklumat anda yang anda berikan kepada GCSB.

 

Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undang yang terpakai, anda boleh pada bila-bila masa selepas ini meminta akses kepada, atau untuk pembetulan Data Peribadi anda atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda, atau dapatkan maklumat lanjut daripada GCSB berkenaan dengan yang sama.

 

Berhubung dengan hak anda untuk mengakses dan / atau membetulkan Data Peribadi anda, GCSB mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan / atau melakukan pembetulan terhadap Data Peribadi anda untuk alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti mana perbelanjaan menyediakan akses kepada anda adalah tidak sepadan dengan risiko kepada privasi anda atau apabila GCSB tidak dapat mengesahkan identiti anda.

 

Tanggungjawab anda

 

Anda bertanggungjawab untuk maklumat yang anda berikan atau menyediakan kepada GCSB, dan anda mesti memastikan maklumat tersebut adalah jujur, tepat dan tidak mengelirukan dengan apa-apa cara. anda perlu memastikan bahawa maklumat yang diberikan tidak mengandungi bahan yang lucah, memfitnah, atau melanggar hak mana-mana pihak ketiga; tidak mengandungi kod berniat jahat; dan tidak dapat diambil tindakan undang-undang sebaliknya. Selanjutnya, jika anda memberikan sebarang maklumat mengenai orang lain, seperti individu yang anda berikan sebagai hubungan kecemasan, anda dengan ini mengesahkan bahawa anda telah memperoleh dan hendaklah mengekalkan semua persetujuan yang diperlukan bagi membolehkan GCSB untuk mengumpul dan menggunakan maklumat tersebut seperti yang diterangkan di sini.

 

Anda bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada GCSB terhadap apa-apa tindakan undang-undang, dan / atau tuntutan yang dibawa terhadap GCSB oleh mana-mana pihak lain di mana anda telah memberikan maklumat pihak tersebut kepada GCSB (termasuk tetapi tidak terhad kepada individu atau mana-mana pihak berkuasa yang kompeten), dan apa-apa ganti rugi, liabiliti, penalti dan denda (termasuk tetapi tidak terhad kepada kos guaman) yang boleh dikenakan atau ditanggung oleh GCSB akibat daripada sebarang pelanggaran oleh anda, dan / atau sesiapa yang bertindak atas nama atau arahan anda.

 

Undang-Undang Terpakai

 

Borang Persetujuan ini hendaklah ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.

 

Persetujuan

 

Anda mengesahkan dan bersetuju bahawa persetujuan yang anda telah berikan dalam dokumen ini tidak menggantikan sebarang persetujuan lain yang anda telah berikan kepada GCSB, dan adalah sebagai tambahan kepada sebarang hak GCSB di bawah undang-undang berkaitan mengenai pengumpulan, penggunaan dan pengedaran Data Peribadi anda. Anda boleh menarik balik sebahagian atau semua persetujuan di atas pada bila-bila masa. Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi GCSB yang boleh diakses di Laman Web.

 

Dengan mengklik butang “Saya Setuju” di bawah, anda juga mengesahkan persetujuan anda dengan semua perkara di atas dan telah membaca dan bersetuju dengan semua terma dan syarat Notis Perlindungan Data Peribadi GCSB seperti yang dinyatakan di atas.

 

 

** "Data Peribadi" bermaksud semua maklumat dan ungkapan pendapat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang, yang dikenal pasti atau dikenali dari maklumat atau ungkapan pendapat itu, termasuk tetapi tidak terhad kepada, maklumat dan ungkapan pendapat berkenaan dengan kesihatan fizikal atau mental, asal-usul bangsa atau etnik, kepercayaan agamanya atau kepercayaan serupa dan/atau berkenaan dengan prosiding jenayah atau sivil yang telah atau mungkin dikumpulkan, disimpan, digunakan dan diproses oleh GCSB dari semasa ke semasa dan sebagaimana yang mungkin dihantar/dipindahkan ke luar Malaysia jika perlu.